Friday, June 25, 2010

hasil suntingan

assalamualaikum... salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan kami..

Alhamdulillah.. semuanya telah pun selesai dan saya tahu ramai antara sahabat sekalian sudah beransur pulang ke rumah kan? selamat bercuti saya ucapkan. manfaatkanlah nikmat masa yang dikurniakan ini dengan sebaik-baiknya. Hal ini kerana masa itu seperti emas dan masa juga diibaratkan seperti pedang. Jika kita tidak tahu bagaimana hendak menguruskan masa dengan baik, kita ini sememangnya tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

Ini merupakan penulisan saya yang terakhir di dalam blog Mola Mola Supernova ini kerana esok hari saya akan berangkat pulang ke rumah. Oleh kerana tiadanya internet, jadi tak dapatlah nak menulis sesuatu di sini.

sebelum mengundur diri, saya sertakan tugasan kami yang telah siap disunting.

hasil suntingan

AKTOR DAN AKTRES TERBAIK SEPANJANG DEKAD..!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Untuk entri hari ini, memandangkan banyak filem-filem dari Hollywood yang telah dan bakal ditayangkan di Malaysia, jadi PaPa Zara ingin berkongsi maklumat mengenai aktor dan aktres terbaik sepanjang dekad di Hollywood.

1. Meryl Streep
Streep bukan sahaja pelakon terbaik untuk dekad ini tetapi tidak keterlaluan jika mengiktirafnya sebagai aktres sepanjang generasi.Penilaian ini dilihat begitu telus memandangkan beliau telah menonjolkan bakatnya yang tiada tandingan semenjak beberapa tahun sebelum ini.
Berusia 60 tahun, kebanyakan filem yang dilakonkannya meraih box office dan mencipta kejayaan besar dalam pelbagai anugerah.Streep tercalon di dalam 15 anugerah Oscar, 25 Anugerah Golden Globe dan memenangi dua anugerah Emmy.Siapa lagi yang layak menandinginya?

2. Kate Winslet
Sinonim sebagai penerima pencalonan Oscar, Winslet berjaya mencipta nama melalui karier lakonan, bukan hanya untuk dekad ini.Namun sepanjang tahun 2000 ini, beliau bukan sahaja melalui tahun ini dengan lebih baik tetapi persembahannya dalam filem Revolutionary Road dan The Reader membolehkannya memenangi anugerah Oscar bagi kategori Aktres Terbaik.

3. Johnny Deep
Apabila anda terfikir Deep sepanjang dekad ini, karakter Jack Sparrow akan terbayang di minda.Deep memegang watak tersebut di dalam tiga siri.Bagi sekual ke empat,pengembaran kini sedang dijalankan.Hal ini membuktikan kejayaan Captain Jack yang seterusnya menyumbang kepada keuntungan berlipat kali ganda Pirates Of The Caribbean.
Selain itu, dalam dekad ini juga Deep turut beraksi dalam filem bertaraf box office seperti Before Night Falls,Chocolat,From Hell,Once Upon A Time In Mexico dan Corpse Bride.

4. Philip Seymour Hoffman
Semasa separuh pertama dekad ini, beliau hanya menjadi palakon pembantu melalui filem Almost Famous,Punch-Drunk Love,Red Dragon,25th Hour,Cold Mountain,Empire Falls.Namun setelah memenangi anugerah Oscar melalui Capite, Hoffman mula diberi kepercayaan memegang watak utama dan kebanyakan lakonannya dicalonkan di Oscar.Hoffman kemudiannya mendapat pencalonan anugerah oscar pada 2008 melalui Doubt dan Charlie Wilson's war.Aksinya kini dapat ditonton dalam filem Mission Impossible 3 dan Before The Devil Knows You're Dead.

5. Christian Bale
Namanya mula disebut-sebut setelah membintangi filem Terminator Salvation. Bermula dengan watak penentang sebagai Caped Crusader di dalam American Psycho, kemudian Bale turut beraksi di dalam filem Laurel Canyon,The Machinist. Walaupun filem ini tidak berjaya pecah panggung, ternyata watak superhero di dalam filem The Dark Knight berjaya melonjakkan kariernya.

Sumber: MW
Oleh, PaPa Zara

Thursday, June 24, 2010

Draf Tugasan Berkumpulan

Alhamdulillah.. setelah bertungkus lumus akhirnya draf tugasan kami yang bertajuk Sejauh mana kebenaran penulisan blog di Malaysia siap sepenuhnya. Di sini, kami sertakan draf kami. Di harap dapat memberi sedikit maklumat tambahan kepada rakan-rakan sekalian.

tugasan molamola

Tuesday, June 22, 2010

esok peperiksaan akhir dan saya masih...

salam..
jam menunjukkan pukul 2.54 pagi. dan saya masih lagi belum tidur. mata masih segar mengadap nota-nota kemahiran menulis.
alhamdulillah sampai juga akhirnya ke penghujung semester pendek tahun 2 sesi ini. sedikit luahan perasaan ingin saya tuliskan disini. walaupun tujuan utama blog ini dibuat untuk tugasan, saya harap tidak salah untuk saya meluahkan sedikit perasaan. memandangkan, sudah agak jarang saya keluarkan post yang baru. melihat rakan-rakan yang lain rajin dengan post, cemburu juga. akhirnya hari ini, hati saya kuat menyuruh saya untuk meletakkan post yang baru.
pertama sekali, setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Puan Rozmel. pensyarah yang manis, baik, ambil berat dan memahami situasi pelajarnya. saya mengagumi anda. saya akui, walaupun semester pendek ini banyak dugaan dan rintangan yang saya dan kawan-kawan seperjuangan lalui, namun akhirnya kami bersama-sama sampai di penghujungnya. tidak kenal maka tidak cinta, kata-kata itu yang ingin saya sampaikan kepada Puan. terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu dan membantu anak didik mu..
seterusnya kepada ahli kumpulan mola-mola. tanpa anda semua, maka tidak akan geraklah blog supernova ini. terima kasih diucapkan kepada kawan baik saya: iqhbal, husna, afiqah dan arina. anda semua manusia yang hebat. peluang bekerjasama dengan anda semua tidak dapat saya lupakan, walaupun hanya sekejap kita dapat bekerja bersama-sama. iqhbal, tanpa anda sudah semestinya hari-hari saya di dalam kelas akan bosan. anda sahabat sejati saya.masa tahun 1 kita sekelas. dan maklumlah, hanya anda sahaja yang saya rapat di kelas. afiqah, kita berjumpa lagi akhirnya selepas di matrikulasi kita sekelas. bersama anda, mengimbau kembali kenangan di matrikulasi. husna, hai kawan baru. saya mengenali anda di dalam kelas ini. maka, satu anugerah apabila berkenalan dengan kawan baru. tak disangka juga kita sekelas untuk subjek u3 pula. dan arina, saya kenal anda ketika tahun satu kita sekelas dan juga iqhbal. tak hairanlah kali ini, kelas saya sangat gembira bersama-sama dengan kawan-kawan lama. "together, we make a perfect team".
disini saya ingin memohon maaf kepada anda semua sekiranya saya tidak menjalankan tugas saya sebagai ketua dengan bagus. yang sempurna itu datang daripada ALLAH dan yang kurang itu daripada kelemahan saya sendiri. seribu kemaafan dipinta. saya seronok bekerjasama dengan anda semua. semoga Allah pertemukan kita semula di masa hadapan.
dan kepada pelajar-pelajar kursus yang lain, maaf juga dipinta sekiranya saya ada melakukan kesalahan kepada anda semua. maaf juga kerana tidak dapat mengenali anda semua dengan lebih rapat. tetapi, dapat bersama-sama kalian semua di dalam kelas adalah sangat menghiburkan. saya doakan Allah memberkati pertemuan kita semua. dan saya juga doakan yang terbaik untuk peperiksaan akhir ini. semoga kita dapat bersama-sama berjuang.

kelas sudah berakhir, dan tak lama lagi peperiksaan juga bakal tamat. tetapi, tidak bermaksud blog ini akan terkubur. jika diberikan kesempatan lagi, blog ini akan terus berjuang di masa hadapan.Insyaallah

setakat ini dahulu hasil nukilan luahan perasaan saya. segala kesalahan harap dimaafkan. mata makin layu, saya harus segera tidur untuk persediaan esok.
 sekian dahulu..wassalam.

nukilan: purple flamingo

uji minda 5

marilah sama-sama kita menjawab uji minda 5... 

1) bagaimana langkah carian maklumat

terdapat lima langkah pencarian maklumat di internet.

- Analisis dan kenal pasti topik. pilih kata kunci yang sesuai.
- memilih peralatan carian yang sesuai
-semak kesesuaian maklumat
-guna enjin pencari yang berbeza
-ulangi proses mencari beberapa kali.

2) terangkan usaha pencarian maklumat @teknik

- menggunakan search enjin ataupun enjin carian. perlu mahir dalam penggunaan kata kunci
- menggunakan alamat url
- menggunakan program tertentu. program begini membantu pengguna mencari maklumat berkaitan dari pelbagai tapak web yang disenaraikan dalam jumlah tertentu mengikut setting yang diingini.
- daripada perpustakaan maya.
- pengkalan maklumat atau data base
- darpada pautan atau hiperlink
- maklumat daripada kumpulan perbincangan di internet

3) bagaimana kerajaan membendung dengan menggubal akta dalam perlaksaan undang-undang siber? apakah senario yang berlaku sekarang?

4) apakah jenis enjin carian yang kita boleh dapat? yang kita pelajari?

- google
- yahoo search
- teoma

tidak lengkap dan jawapan yang sangat ringkas gara-gara mata sudah mulai layu memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. walaupun sedikit tapi besar harapan nya semua ini dapat membantu rakan-rakan sekalian. sekian daripada sweet tweety

uji minda 4

ku mulakan dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

tidak lengkap rasanya jika saya tidak menjawab soaln uji minda 4 dan 5 sebelum 'exam'. Memandangkan soalan-soalan ini telah disediakan oleh rakan kita kumpulan Uncang Emas walaupun saya tahu dari mana datangnya sumber bagi soalan-soalan tersebut. Hehe.. Dan dengan harapan jawapan-jawapan ini dapat membantu rakan-rakan saya di saat-saat akhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil kursus ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita.

1) bincangkan kebaikan dan keburukan blog serta etika dalam penulisan

kebaikan blog

- Meningkatkan pendapatan
- Meningkatkan kemahiran penulisan
- Mengasah daya pemikiran kreatif
- Tempat berkongsi maklumat dan pendapat
- Membantu dalam seni rangka digital
- Tempat mendapat maklum balas orang luar

keburukan blog

 -Merosakkan bahasa
- Menimbulkan huru-hara
- Menimbulkan keraguan
Terdapat maklumat palsufitnah dan menimbulkan fitnah
Penyebaran maklumat lucah dan imej porno
Penyebaran SPAM iaitu maklumat yang tidak berguna
Menimbulkan salah faham antara penulis dan pembaca blog
etika penulisan
-etika penulisan adalah mementingkan kebenaran dan menghormati hak orang lain untuk mendapatkan maklumat yang benar
-di mana perlulah jujur semasa menulis
-menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan matlumat dan berita
-elakkan daripada membuat penulisan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan dan juga isu yang penyentuh perkauman.

2) bagaimana blog dapat memainkan peranan sebagai penulis yang beretika

Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat
• Jangan sekali-sekali menciplak
• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan
• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut
• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta
• Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera
• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog
• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi
• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain

3) internet membawa implikasi/ kebaikan dan keburukan kepada seseorang. Jelaskan.

kebaikan internet
-menjadi sumber maklumat. maklumat dapat dicari dengan pantas, mudah dan cepat. Dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga.
-sebagai alat komunikasi. Mampu berkomunikasi tanpa sempadan jarak, masa, politik dan ideologi dengan kos yang rendah.
-melancarkan pentadbiran. pentadbiran menjadi lebih pantas dengan adanya sistem yang dijalankan secara online seperti pendaftaran, sistem aduan, perakam aduan dan sebagainya.
-perdagangan maya. perdagangan yang dijalankan secara maya tanpa melihat barang, kenal pelanggan dan juga peniaga.
-perubahan dalam sistem pendidikan. Di mana pembelajaran dan pengajaran berlaku dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat.

keburukan internet
- penyalahgunaan teknologi. seperti pornografi, sebar maklumat palsu, sebar virus dan email sampah, pencerobohan laman web dan sebagainya.
- kecanduan. Berlaku ketagihan dan kecanduan terhadap sistem ini.
- kurang berlaku komunikasi sosial. komunikasi hanya berlaku di alam maya.
- jenayah di alam siber. seperti pembelian barangan yang haram dari segi undang-undang seperti pembelian bahan api, dadah. perniagaan pornografi juga semakin meningkat di alam siber. 
- membazir. bagi pelayar teknologi maklumat di kafe siber akan membazir wang dalam kadar yang tinggi kerana keseronokan dan kecanduan sehingga melupakan tugas-tugas harian.
- penipuan dan penyelewengan. berlaku penipuan seperti rakan yang berchatting jarang bercakap benar. barangan yang dibeli tidak seperti yang diiklankan.

4) Undang-undang siber yang digubal dalam menangani salah laku dalam internet. bagaimana contoh pelaksaannya. 

- Akta Multimedia dan Komunikasi 1998
- Akta Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi 1998
- Akta Tandatangan digital 1997. 
- Akta Jenayah Komputer 1997
- Akta Teleperubatan 1997

**bagaimana tu saya tak pasti. maaf

5) bagaimana komputer dan internet membantu dalam kemahiran menulis.

- Memudahkan pencarian maklumat. dapat menjimatkan masa.
- Tidak lagi perlu menyediakan alatan menulis seperti kertas dan pensil.
- mudah membuat rujukan dengan adanya perpustakaan maya.
- terdapatkannya kumpulan perbincangan di internet untuk memudahkan penulis berkongsi maklumat.

itu sahaja dari sweet tweety

Sunday, June 20, 2010

uji minda 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang ku sayangi sekalian... Hari ini hari Ahad ye.. Hari minggu, jadi adakah hari bersuka ria atau hari mengulangkaji? Ingat ye.. Exam sudah dekat!!!

Sebenarnya... secara jujur dan ikhlas, saya bukanlah seorang yang rajin membaca. Oleh kerana itu, saya mengambil inisiatif untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kumpulan Uncang Emas. Sekurang-kurangnya saya perlu membaca untuk mencari jawapan bagi setiap soalan. Jika anda hendak mengikut cara saya, awas!! Jangan 'copy and paste' tetapi salin satu persatu. InsyaAllah berkesan.

Nampaknya ahli-ahli kumpulan Uncang Emas memang layak menjadi cikgu kerana berjaya menyediakan soalan yang banyak. Habis la pelajar-pelajar mereka nanti. Haha..

Uji minda 3

1) Amalan plagiat semakin mudah dengan adanya internet, bagaimana?

- Mencuri idea dan maklumat. Maklumat dan idea diperolehi dari dunia siber dan maya. Maklumat berkenaan diambil dan dicedok tanpa mengkreaditkan (meletakkan) nama pengarang asal.

- Muat turun tanpa kebenaran.Terdapat sesetengah laman web tidak membenarkan maklumat dimuatturunkan, namun kepakaran pelayar dalam bidang TM membolehkan aktiviti muat turun ini dilakukan, sama ada dengan cara tertentu ataupun menggunakan `copy dan `paste.

- Melakukan penterjemahan bahasa. Kecanggihan teknologi menjadikan banyak maklumat dari pelbagai bahasa boleh dicapai dengan mudah. Ini menyebabkan ramai yang memplagiat hasil kerja orang lain dari bahasa yang lain dan tempat yang berbeza.Tulisan berkenaan akan disiarkan atau terbitkan semula dalam bahasa berbeza dan tempat yang berbeza.

2) Cara atau teknik TM bantu pencarian maklumat?

-TM menjadi pemangkin ke arah pencarian maklumat lebih efisen dan global.
-Maklumat yang diperolehi dengan cepat, pantas dan murah dari seluruh dunia.
-Penggunaan TM dalam pencarian maklumat juga menjimatkan masa, wang dan tenaga;
-Maklumat hanya di hujung jari dengan pelbagai cara dan tujuan.

3) 3 bentuk jenayah secara siber?

- tempahan senjata api, dadah atau barangan yang melanggar undang-undang.
- perniagaan pornografi
- mangsa penderaan sama ada penderaan emosi melalui laman chat atau pendedahan foto pornografi.

4) Akta yang berkaitan dengan penulisan dan penerbitan. Bagi contoh setiap akta yang diberi.

- Akta Hak Cipta. Akta ini dikeluarkan bagi melindungi penulis dan pencipta daripada pengeluaran semula tanpa kebenaran berdasarkan nilai ekonomi dan hak moral. 
Contoh : meniru bulat-bulat atau sebahagian besar hasil penulisan penulis lain. 

- Akta Fitnah. Akta ini digubal bagi melindungi kepentingan imej dan maruah seseorang atau organisasi yang rosak atau tercemar akibat daripada penulisan yang tidak betul. 
Contoh : Mencela atau merosakkan nama baik seseorang sehingga menyebabkan seseorang itu dibenci, dihina atau dianggap bodoh oleh masyarakat.

- Akta Hasutan. 
Contoh : apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut ke arah menggugat ketenteraman negara dan pemerintah.

- Akta Rahsia Rasmi. Akta ini memberi kuasa kepada pegawai awam mengelaskan dokumen atau benda rasmi sebagai ‘paling rahsia’, ‘rahsia’, ‘sulit’, atau ‘terhad
Contoh: Menyampaikan suatu maklumat atau rahsia kepada sesebuah negara asing atau sesiapa juga yang dia tidak diberi kuasa untuk menyampaikannya.

- Akta Siber. Terbahagi kepada lima akta.
      -Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
      -Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
      -Akta Tandatangan Digital 1997
      -Akta Jenayah Komputer 1997
      -Akta Teleperubatan 1997

- Akta Kontrak. Kontrak antara penulis dan penerbit. Perjanjian sama ada bertulis atau lisan. 
Akta ini menyentuh mengenai kontrak yang wujud dalam keadaan:
-wujud niat antara pihak mewujudkan hubungan kontraktual
-wujud tawaran dan penerimaan
-wujudnya balasan
-pihak adalah layak disisi undang-undang
-kontrak tidak dimasukan perkara yang menyalahi undang-undang

5) Kes tersebut berkaitan dengan akta :

i. menghina dan mencabar : Akta Fitnah
ii. pengharaman buku : Akta Hak Cipta
iii. dokumen rahsia kerajaan : Akta Keselamatan dalam Negeri /Akta Rahsia Rasmi
iv. kontrak antara penulis dan penerbit : Akta Kontrak
v. kebebasan menulis di dunia tanpa sempadan : Akta Siber

Ini sahaja untuk hari ini. Uji minda 4 dan 5 akan disambung kemudian. Maaflah jika jawapan yang saya berikan tidak dipersetujui. Andai ada silap, tegur-tegurlah ye. 

oleh : sweet tweety

Saturday, June 19, 2010

lagi? uji minda 2

bismillahirrahmanirrahim....

segala puji-pujian bagi Allah S.W.T dan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
sahabatku sekalian, apa khabar iman pada hari ini? semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya ye.
Nampaknya saya masih lagi bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja ini, namun ingin mencuri sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan tentang Kemahiran Menulis yang telah disediakan oleh kumpulan Uncang Emas.

1) senaraikan perkara-perkara yang menjadi isu dalam penulisan?

- Etika
- Undang-undang
- Hubungan konstraktual penulis-penerbit
- Hubungan penulis-penerbit
- Bayaran
- Kebebasan
- Plagiat

2) Empat aspek dalam kehidupan umat Islam yang memerlukan penulisan?

- Pencarian ilmu
- Pengikatan perjanjian
- Peninggalan wasiat
- Pembahagian pusaka

3) Apakah bentuk penulisan yang dianggap berkesan terhadap khalayak ramai?

- Idea dan maklumat yang bernas dan mencukupi.
- Penyampaian yang rapat dan terasing
- Keberkesanan berdasarkan maklumat
- Kefahaman pembaca
- Gerak balas pembaca pengukur keberkesanan
- Kepercayaan dan gerak balas terhadap mesej.

4) Tiga sebab mengapa email lebih menjadi pilihan berbanding kiriman pos?

- email boleh dibaca bila-bila masa dan di mana sahaja dengan syarat adanya talian online.
- tidak perlu membawa surat
- email boleh memuatkan gambar, fail, video, muzik dan lain-lain dalam masa yang singkat
- pengguna boleh mencetak fail atau foto yang dikirim tanpa perlu menghantar salinan keras terutamanya apabila melibatkan jarak yang jauh.
- jadi, terbukti lebih murah, mudah dan cepat

5) sebutkan sarjana Islam bagi karya berikut:

i. al-qanun fi al-Tib, kitab al-syifa' : Ibnu Sina
ii. madinah al-fadhilah, al-musiqa, al-siasah al-madaniyyah : Al- Farabi
iii. al-mukaddimah, al-ibar, al-ta'rif : Ibnu Khaldun
iv. al-basit, al-wasit, Ihya Ulumuddin : Al- Ghazali

oleh: sweet tweety

mood exam?? uji minda 1

assalamualaikum wtb, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Hari ini 19 Jun 2010, jadi tinggal 4 hari lagi untuk menghadapi peperiksaan. Sesungguhnya masih lagi tidak bersedia untuk menghadapinya. Tambahan lagi dengan kertas kerja kami yang masih lagi tidak lengkap. Sebentar tadi, sempat menjenguk ke blog Rahsia di Sebalik Uncang Emas dan merasa terpanggil untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Terima kasih Uncang Emas. Jasa baik kalian hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya.

1) Senaraikan akta-akta yang terdapat dalam proses penulisan?

Akta Hak Cipta
Akta Fitnah
Akta Hasutan
Akta Rahsia Rasmi
Akta Siber
Akta Kontrak

2) Tulis semula rujukan mengikut gaya Ukm..

Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi : Penerbit 
           Universiti Kebangsaan Malaysia. 

3) bagaimana cara untuk mengelakkan plagiat berlaku?

-Memberi kredit dalam penulisan
-Menyatakan sumber dalam teks
-Membuat petikan
-Menyenaraikan rujukan
-Memohon izin penulis asal

4) Apakah kesalahan yang dilakukan oleh penulis siber?

Plagiat. 

5) Apakah proses penulisan dalam persediaan?

-bersedia dari segi mental
-jika diberikan bidang, maka pemilihan tajuk perlu difikirkan dan jika tajuk telah ada maka skopnya perlu ditentukan.
-penetuan judul atau tajuk. sesuatu tajuk mestila dikaji dengan mendalam sebelum ditulis supaya terdapat pengawalan idea secara aktif disamping dapat memproses maklumat dengan banyak.
-tentukan sasaran. sama ada editor dan juga penulis. perlulah memahami khalayak dari pelbagai sudut.
-mengumpul bahan. sama ada fakta umum atau fakta khusus.Maklumat terbahagi kepada Data Skunder (maklumat sedia ada), Data Primer (maklumat mentah yang diperolehi dari data ujikaji atau eksperimen) dan data tertiar (daripada tulisan orang lain). 
-pemerolehan maklumat
-merangka tulisan

oleh: sweet tweety

Thursday, June 17, 2010

bacalah

Assalamualaikum wtb, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Hari ni merupakan hari terakhir bersama Puan Rozmel, antara sedar atau tidak, sudah hampir penghujung semester pendek kami. Tapi, hari ini merupakan perjumpaan lain dari yang lain.. Pengakhirannya meninggalkan satu kesan yang cukup mendalam di dalam insan kerdil ini di mana saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana takdir menentukan saya mengambil kursus ini, takdir Allah jua menentukan Puan Rozmel pensyarah bagi subjek ini bagi semester pendek ini. Bukanlah kata-kata manis untuk membodek tapi kenyataan ini sudah jelas terbukti. Keakraban yang ditunjukkan membuatkan saya tanpa segan dan silu berkongsi kesukaran yang kami hadapi sepanjang mengambil kursus ini.

Antara nasihat yang sering diungkapkan dari permulaan kelas kami hinggalah pertemuan akhir pagi tadi adalah banyakkanlah membaca. Kerana dengan membaca inilah kita mampu meningkatkan kemahiran menulis. Kerana ilmu yang kita dapat daripada membaca itulah akan di olah dalam bahasa yang tersendiri dan dijadikan karya penulisan kita. Jadi tiada masalah plagiat dan juga tiadalah timbulnya istilah 'copy and paste'.

Namun, apa yang hendak saya tekankan di sini adalah bagaimana hendak memupuk minat membaca dalam diri seseorang. Saya tahu ramai dalam kalangan pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini tidak minat membaca lebih-lebih lagi membaca sesuatu yang berbentuk ilmiah. Dan yang pasti, saya tidak terkecuali. Kami hanya membaca tatkala diminta untuk menghasilkan penulisan dan memerlukan rujukan-rujukan untuk membantu dalam penghasilan penulisan tersebut.

Bukanlah hendak menyalahkan mana-mana pihak, namun bagi pandangan saya, minat membaca ini hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang sangat penting memandangkan anak-anak ini dilahirkan suci bersih ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Apalah salahnya, jika dari kecil lagi dibelikan buku-buku untuk bacaan anak-anak mereka. Dan hendaklah dipastikan walaupun hanyalah buku-buku bacaan yang ringan tapi biarlah mempunyai nilai-nilai yang murni. Sebaliknya, jika kami yang sudah besar panjang ini hendak dipupuk atau dengan bahasa yang lebih tepat, untuk dipaksa membaca, amatlah sukar kerana ianya bertentangan dengan minat dan apa yang kami amalkan selama ini. Tapi ianya tidak mustahil jika ada azam dan kesungguhan yang tinggi.

Akhir kata, pupuklah minat membaca. Ingatlah wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam surah Al-Alaq..ayat 1-5

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. "

oleh : sweet tweety

Farmasi Allah

Salam, setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Sekecil-kecil kuman dan sehinggalah sebesar-besar kejadian di alam ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Disini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang ciptaan Allah yang kita tidak sedar akan keistimewaannya...Lihatlah bukankah ia menarik? MasyaAllah....

Hirisan lobak merah kelihatan seperti mata manusia dimana terdapatnya anak mata, iris dan garisan memancar...dan YA sains telah membuktikan bahawa lobak merah dapat meningkatkan aliran darah dan fungsi mata.

Tomato mempunyai 4 ruang dan berwarna merah seperti jantung. Kajian menunjukkan tomato adalah baik untuk jantung dan membekalkan darah.
Anggur tergantung dalam gugusan yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah dan kajian menunjukkan bahawa buah anggur adalah makanan pembekal darah.

Sebiji Walnut kelihatan seperti otak kecil, di belahan kiri dan kanan, serebrum atas dan serebellum bawah bahkan kerutan atau lipatan seperti korteks-neo. Walnut juga membantu membentuk lebih dari 3 dozen neuron-transmitter untuk fungsi otak.

Kacang Ginjal menyembuhkan dan membantu mengekalkan fungsi ginjal dan kelihatan seperti ginjal manusia.

Seleri, Bok Choi, Rhubarb kelihatan seperti tulang. Sayuran ini khususnya untuk kekuatan tulang. Tulang terdiri daripada 23% Natrium dan sayuran ini juga terdiri daripada 23% Natrium. Jika anda tidak mempunyai Natrium yang cukup dalam diet anda, tubuh akan mengambil Natrium tersebut daripada tulang dan menyebabkan anda lemah. Sayuran ini mengisi keperluan rangka tubuh.

Terung, Avokado dan Pir adalah target kesihatan dan penting untuk fungsi rahim dan serviks wanita - Ia kelihatan seperti organ-organ ini. Kajian menunjukkan bahawa apabila wanita makan sebiji avokado seminggu, ia boleh menyeimbangkan hormon dan mencegah kanser serviks. 

Buah 'Figs' penuh dengan biji dan tergantung berpasangan ketika tumbuh. 'Figs' meningkatkan pergerakan sperma dan meningkatkan jumlah sperma serta mengatasi kemandulan lelaki.

 Ubi keledek kelihatan seperti pankreas dan boleh menyeimbangkan indeks glisemik pesakit diabetes.
Buah Zaitun membantu fungsi kesihatan dan fungsi ovari.

Anggur, buah Oren, dan buah Sitrus yang lain kelihatan seperti kelenjar susu dan  membantu kesihatan payudara serta pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.

Bawang kelihatan seperti sel-sel tubuh. Kajian menunjukkan bahawa bawang membantu membersihkan bahan buangan dari semua sel tubuh bahkan boleh menghasilkan air mata yang dapat mencuci lapisan epitelial mata.

oleh: antivirus