Sunday, June 20, 2010

uji minda 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang ku sayangi sekalian... Hari ini hari Ahad ye.. Hari minggu, jadi adakah hari bersuka ria atau hari mengulangkaji? Ingat ye.. Exam sudah dekat!!!

Sebenarnya... secara jujur dan ikhlas, saya bukanlah seorang yang rajin membaca. Oleh kerana itu, saya mengambil inisiatif untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kumpulan Uncang Emas. Sekurang-kurangnya saya perlu membaca untuk mencari jawapan bagi setiap soalan. Jika anda hendak mengikut cara saya, awas!! Jangan 'copy and paste' tetapi salin satu persatu. InsyaAllah berkesan.

Nampaknya ahli-ahli kumpulan Uncang Emas memang layak menjadi cikgu kerana berjaya menyediakan soalan yang banyak. Habis la pelajar-pelajar mereka nanti. Haha..

Uji minda 3

1) Amalan plagiat semakin mudah dengan adanya internet, bagaimana?

- Mencuri idea dan maklumat. Maklumat dan idea diperolehi dari dunia siber dan maya. Maklumat berkenaan diambil dan dicedok tanpa mengkreaditkan (meletakkan) nama pengarang asal.

- Muat turun tanpa kebenaran.Terdapat sesetengah laman web tidak membenarkan maklumat dimuatturunkan, namun kepakaran pelayar dalam bidang TM membolehkan aktiviti muat turun ini dilakukan, sama ada dengan cara tertentu ataupun menggunakan `copy dan `paste.

- Melakukan penterjemahan bahasa. Kecanggihan teknologi menjadikan banyak maklumat dari pelbagai bahasa boleh dicapai dengan mudah. Ini menyebabkan ramai yang memplagiat hasil kerja orang lain dari bahasa yang lain dan tempat yang berbeza.Tulisan berkenaan akan disiarkan atau terbitkan semula dalam bahasa berbeza dan tempat yang berbeza.

2) Cara atau teknik TM bantu pencarian maklumat?

-TM menjadi pemangkin ke arah pencarian maklumat lebih efisen dan global.
-Maklumat yang diperolehi dengan cepat, pantas dan murah dari seluruh dunia.
-Penggunaan TM dalam pencarian maklumat juga menjimatkan masa, wang dan tenaga;
-Maklumat hanya di hujung jari dengan pelbagai cara dan tujuan.

3) 3 bentuk jenayah secara siber?

- tempahan senjata api, dadah atau barangan yang melanggar undang-undang.
- perniagaan pornografi
- mangsa penderaan sama ada penderaan emosi melalui laman chat atau pendedahan foto pornografi.

4) Akta yang berkaitan dengan penulisan dan penerbitan. Bagi contoh setiap akta yang diberi.

- Akta Hak Cipta. Akta ini dikeluarkan bagi melindungi penulis dan pencipta daripada pengeluaran semula tanpa kebenaran berdasarkan nilai ekonomi dan hak moral. 
Contoh : meniru bulat-bulat atau sebahagian besar hasil penulisan penulis lain. 

- Akta Fitnah. Akta ini digubal bagi melindungi kepentingan imej dan maruah seseorang atau organisasi yang rosak atau tercemar akibat daripada penulisan yang tidak betul. 
Contoh : Mencela atau merosakkan nama baik seseorang sehingga menyebabkan seseorang itu dibenci, dihina atau dianggap bodoh oleh masyarakat.

- Akta Hasutan. 
Contoh : apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut ke arah menggugat ketenteraman negara dan pemerintah.

- Akta Rahsia Rasmi. Akta ini memberi kuasa kepada pegawai awam mengelaskan dokumen atau benda rasmi sebagai ‘paling rahsia’, ‘rahsia’, ‘sulit’, atau ‘terhad
Contoh: Menyampaikan suatu maklumat atau rahsia kepada sesebuah negara asing atau sesiapa juga yang dia tidak diberi kuasa untuk menyampaikannya.

- Akta Siber. Terbahagi kepada lima akta.
      -Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
      -Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
      -Akta Tandatangan Digital 1997
      -Akta Jenayah Komputer 1997
      -Akta Teleperubatan 1997

- Akta Kontrak. Kontrak antara penulis dan penerbit. Perjanjian sama ada bertulis atau lisan. 
Akta ini menyentuh mengenai kontrak yang wujud dalam keadaan:
-wujud niat antara pihak mewujudkan hubungan kontraktual
-wujud tawaran dan penerimaan
-wujudnya balasan
-pihak adalah layak disisi undang-undang
-kontrak tidak dimasukan perkara yang menyalahi undang-undang

5) Kes tersebut berkaitan dengan akta :

i. menghina dan mencabar : Akta Fitnah
ii. pengharaman buku : Akta Hak Cipta
iii. dokumen rahsia kerajaan : Akta Keselamatan dalam Negeri /Akta Rahsia Rasmi
iv. kontrak antara penulis dan penerbit : Akta Kontrak
v. kebebasan menulis di dunia tanpa sempadan : Akta Siber

Ini sahaja untuk hari ini. Uji minda 4 dan 5 akan disambung kemudian. Maaflah jika jawapan yang saya berikan tidak dipersetujui. Andai ada silap, tegur-tegurlah ye. 

oleh : sweet tweety

3 comments:

cahaya petunjuk said...

salam ukhwah....wah,,,anda memang hebat.....betul kata anda,...sekurang-kurangnya,,sambil kita mencari jawapan,,kita akan ingat apa yang kita buat....insya'allah...boleh jadi anak murid uncang emas yang cerdik dan rajin...amin :)...dan kami pun insya'allah akan jadi guru yang berkesan dan berwibawa...hehe...suatu hari nanti..

ha..ingat pesan supernova...jgn copy n paste tau...tapi kalau nak,,kena salin...baru lekat di minda kita...amin :)

all the best kawan-kawan...ada lagi masa : isnin, selasa,,dan rabu pagi...

petang rabu:exam penentu kejayaan kita...sejauh mana keberkesanannya kita mempelajari kemahiran menulis ini..

FiDa-InA-NuRul-Huda said...

salam,,sekadar pembetulan...
bagi soalan no 5 :

-dokumen rahsia kerajaan : akta rahsia rasmi 1972

-kontrak antara oenulis dan penerbit: akta kontrak 1950

*(kena sebut lengkap tahun ye)

rujuk pada nota kuliah : isu=isu penulisan

Mola mola said...

oo ye ke..
tQ