Assalamuaikum dan salam sejahtera. Semoga para pembaca blog ini berada dalam keadaan sihat. Pada keluaran kaki ini, PaPa Zara akan menulis mengenai faktor-faktor penulisan blog di Malaysia. Isi ini sebenarnya adalah dibawah tajuk tugasan berkumpulan kami iaitu sejauh mana kebenaran penulisan blog di Malaysia.
- Luahan Perasaan. Penulis blog gemar meluahkan perasaan mereka di dalam blog peribadi mereka. Sebagai contohnya, apabila individu terbabit berasa sedih atau gembira, maka mereka akan meluahkan nya di dalam blog mereka.
- Meraih Publisiti. Terdapat sesetengah penulis blog yang sanggup memaparkan kisah-kisah peribadi mereka yang dianggap terlalu sulit untuk dipaparkan kepada umum. Hal ini bertentangan dengan norma-norma kehidupan masyarakat kita di Malaysia. Sepatutnya para penulis lebih sensitif jika berhasrat untuk menyiarkan kisah-kisah hidup mereka.
- Kurang Bersosial. Golongan ini dilihat menjadikan blog mereka sebagai teman paling akrab. Hal ini kerana mereka berasa rendah diri, tidak mempercayai rakan-rakan dan keluarga serta mempunyai keyakinan diri yang rendah. Oleh yang demikian, mereka berasa lebih selesa untuk meluahkan perasaan mereka di blog.
- Menjana Pendapatan. Kini, ramai rakyat Malaysia telah menjadikan blog sebagai sebagai wadah untuk mereka mencari pendapatan sampingan dengan menjual pelbagai jenis barang-barang. Bisnes ini dilihat semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Menegakkan Kebenaran Dan Menjatuhkan Status Individu. Dalam hal ini, golongan seperti selebriti dan ahli politik yang paling gemar untuk berbuat demikian. Sebagai contohnya, para artis menjadikan blog mereka tempat untuk menangkis segala kontroversi yang melanda diri mereka dengan harapan nama mereka bersih dari segala cerita buruk. Ada juga sesetengah artis yang menggunakan blog untuk menjatuhkan rakan-rakan artis yang lain dengan membuat fitnah ataupun khabar angin.
- Menyampaikan Ilmu Dan Maklumat. Di dalam blog penulis terkemuka negara, iaitu Faisal Tehrani, beliau di lihat gemar memberi ilmu pengetahuan kepada para pembaca blognya dengan memaparkan kisah-kisah isu semasa. Beliau juga suka mengangkat kisah yang boleh membuat para pembaca untuk berfikir dan mengambil pengajaran di sebalik kisah yang dipaparkan tersebut.
Oleh, PaPa Zara.
1 comment:
baik, tetapi lebih elok kiranya dibuat dalam bentuk penulisan iaitu karangan bukannya dalam bentuk poin seperti yang saudara lakukan.
~by:princesss liya, the kepochee.
Post a Comment