jam menunjukkan pukul 2.54 pagi. dan saya masih lagi belum tidur. mata masih segar mengadap nota-nota kemahiran menulis.
alhamdulillah sampai juga akhirnya ke penghujung semester pendek tahun 2 sesi ini. sedikit luahan perasaan ingin saya tuliskan disini. walaupun tujuan utama blog ini dibuat untuk tugasan, saya harap tidak salah untuk saya meluahkan sedikit perasaan. memandangkan, sudah agak jarang saya keluarkan post yang baru. melihat rakan-rakan yang lain rajin dengan post, cemburu juga. akhirnya hari ini, hati saya kuat menyuruh saya untuk meletakkan post yang baru.
pertama sekali, setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Puan Rozmel. pensyarah yang manis, baik, ambil berat dan memahami situasi pelajarnya. saya mengagumi anda. saya akui, walaupun semester pendek ini banyak dugaan dan rintangan yang saya dan kawan-kawan seperjuangan lalui, namun akhirnya kami bersama-sama sampai di penghujungnya. tidak kenal maka tidak cinta, kata-kata itu yang ingin saya sampaikan kepada Puan. terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu dan membantu anak didik mu..
seterusnya kepada ahli kumpulan mola-mola. tanpa anda semua, maka tidak akan geraklah blog supernova ini. terima kasih diucapkan kepada kawan baik saya: iqhbal, husna, afiqah dan arina. anda semua manusia yang hebat. peluang bekerjasama dengan anda semua tidak dapat saya lupakan, walaupun hanya sekejap kita dapat bekerja bersama-sama. iqhbal, tanpa anda sudah semestinya hari-hari saya di dalam kelas akan bosan. anda sahabat sejati saya.masa tahun 1 kita sekelas. dan maklumlah, hanya anda sahaja yang saya rapat di kelas. afiqah, kita berjumpa lagi akhirnya selepas di matrikulasi kita sekelas. bersama anda, mengimbau kembali kenangan di matrikulasi. husna, hai kawan baru. saya mengenali anda di dalam kelas ini. maka, satu anugerah apabila berkenalan dengan kawan baru. tak disangka juga kita sekelas untuk subjek u3 pula. dan arina, saya kenal anda ketika tahun satu kita sekelas dan juga iqhbal. tak hairanlah kali ini, kelas saya sangat gembira bersama-sama dengan kawan-kawan lama. "together, we make a perfect team".
disini saya ingin memohon maaf kepada anda semua sekiranya saya tidak menjalankan tugas saya sebagai ketua dengan bagus. yang sempurna itu datang daripada ALLAH dan yang kurang itu daripada kelemahan saya sendiri. seribu kemaafan dipinta. saya seronok bekerjasama dengan anda semua. semoga Allah pertemukan kita semula di masa hadapan.
dan kepada pelajar-pelajar kursus yang lain, maaf juga dipinta sekiranya saya ada melakukan kesalahan kepada anda semua. maaf juga kerana tidak dapat mengenali anda semua dengan lebih rapat. tetapi, dapat bersama-sama kalian semua di dalam kelas adalah sangat menghiburkan. saya doakan Allah memberkati pertemuan kita semua. dan saya juga doakan yang terbaik untuk peperiksaan akhir ini. semoga kita dapat bersama-sama berjuang.
kelas sudah berakhir, dan tak lama lagi peperiksaan juga bakal tamat. tetapi, tidak bermaksud blog ini akan terkubur. jika diberikan kesempatan lagi, blog ini akan terus berjuang di masa hadapan.Insyaallah
setakat ini dahulu hasil nukilan luahan perasaan saya. segala kesalahan harap dimaafkan. mata makin layu, saya harus segera tidur untuk persediaan esok.
sekian dahulu..wassalam.
nukilan: purple flamingo
1 comment:
hei kawan baru....
mana ade g2
u r da best leader ever lah~~~
.
anyw seriusly suke sgt dis group!!
go molas go molas....
-husna-
Post a Comment