Memberi nasihat dan arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penyiasatan kes, dan mengendalikan pendakwaan di Mahkamah bagi menentukan mereka yang melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] dan Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] dihukum mengikut undang-undang demi memastikan kepentingan awam dan negara terpelihara.
Fungsi-fungsi
Menyelia, mengkoordinasi dan memberikan arahan berkenaan kertas siasatan berkaitan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] dan Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465];
Mengeluarkan izin pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut;
Mengendalikan pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut; dan
Memberikan sebarang maklumat dan maklum balas yang dikehendaki oleh (SKMM)
Kuasa dan fungsi Suruhanjaya
(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang
dipertanggungkan ke atasnya di bawah undang-undang komunikasi
dan multimedia dan, tanpa menjejaskan keluasan yang disebut
terdahulu, Suruhanjaya hendaklah juga mempunyai fungsi yang
berikut:
(a) menasihati Menteri tentang perkara berkenaan dengan
objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti komunikasi dan
multimedia;
(b) melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undangundang
komunikasi dan multimedia;
(c) mengawal selia segala perkara yang berhubungan
dengan aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak
diperuntukkan dalam undang-undang komunikasi dan
multimedia;
(d) menimbangkan dan mengesyorkan reformasi kepada
undang-undang komunikasi dan multimedia;
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 15
(e) mengawasi dan memantau aktiviti komunikasi dan
multimedia;
(f) menggalakkan dan meningkatkan pembangunan industri
komunikasi dan multimedia termasuk dalam bidang
penyelidikan dan latihan;
(g) menggalakkan dan meningkatkan pengawalan sendiri
dalam industri komunikasi dan multimedia;
(h) memupuk dan mengekalkan kewibawaan semua orang
yang dilesenkan atau selainnya diberi kuasa di bawah
undang-undang komunikasi dan multimedia;
(i) memberikan bantuan dalam apa-apa bentuk kepada, dan
untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan di
kalangan, orang yang terlibat dalam aktiviti komunikasi
dan multimedia; dan
(j) menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undangundang
bertulis sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri
melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.
*dipetik daripada laman web rasmi Attorney General's Chamber [http://www.agc.gov.my/agc/index.php?option=com_content&view=article&id=288&Itemid=253〈=bm]-(7/6/10)
oleh: purple flamingo

1 comment:
Assalamualaikum, kalau facebook dihack atau diceroboh dan org yg menghack akaun fb tu mengaku die yg hack...boleh diambil ape2 tindakan tak? buktinya sudah ade dan die mengaku...
Post a Comment