Friday, June 11, 2010

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

2. Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang dltetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Seksyen 3. Matlamat.

(1) Matlamat Akta ini ialah—

(a) menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;

(b) mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia;

(c) mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan

(d) mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran Akta ini.

(2) Matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia ialah—

(a) menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia;

(b) menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup;

(c) mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;

(d) mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir;

(e) menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;

(f) memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada;

(g) mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir;

(h) memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan;

(i) menggalakkan pembinaan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan

(j) menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

(3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet.

sumber:
http://www.skmm.gov.my/link_file/the_law/NewAct/Act%20588/Akta%20588/ak0588s0003.htm
dan
http://www.parlimen.gov.my/billindex/pdf/1998/Rang%20Undang-Undang%20DR%2015.pdf [11 Jun 10]

No comments:

0 comments: