Thursday, June 17, 2010

bacalah

Assalamualaikum wtb, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Hari ni merupakan hari terakhir bersama Puan Rozmel, antara sedar atau tidak, sudah hampir penghujung semester pendek kami. Tapi, hari ini merupakan perjumpaan lain dari yang lain.. Pengakhirannya meninggalkan satu kesan yang cukup mendalam di dalam insan kerdil ini di mana saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana takdir menentukan saya mengambil kursus ini, takdir Allah jua menentukan Puan Rozmel pensyarah bagi subjek ini bagi semester pendek ini. Bukanlah kata-kata manis untuk membodek tapi kenyataan ini sudah jelas terbukti. Keakraban yang ditunjukkan membuatkan saya tanpa segan dan silu berkongsi kesukaran yang kami hadapi sepanjang mengambil kursus ini.

Antara nasihat yang sering diungkapkan dari permulaan kelas kami hinggalah pertemuan akhir pagi tadi adalah banyakkanlah membaca. Kerana dengan membaca inilah kita mampu meningkatkan kemahiran menulis. Kerana ilmu yang kita dapat daripada membaca itulah akan di olah dalam bahasa yang tersendiri dan dijadikan karya penulisan kita. Jadi tiada masalah plagiat dan juga tiadalah timbulnya istilah 'copy and paste'.

Namun, apa yang hendak saya tekankan di sini adalah bagaimana hendak memupuk minat membaca dalam diri seseorang. Saya tahu ramai dalam kalangan pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini tidak minat membaca lebih-lebih lagi membaca sesuatu yang berbentuk ilmiah. Dan yang pasti, saya tidak terkecuali. Kami hanya membaca tatkala diminta untuk menghasilkan penulisan dan memerlukan rujukan-rujukan untuk membantu dalam penghasilan penulisan tersebut.

Bukanlah hendak menyalahkan mana-mana pihak, namun bagi pandangan saya, minat membaca ini hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang sangat penting memandangkan anak-anak ini dilahirkan suci bersih ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Apalah salahnya, jika dari kecil lagi dibelikan buku-buku untuk bacaan anak-anak mereka. Dan hendaklah dipastikan walaupun hanyalah buku-buku bacaan yang ringan tapi biarlah mempunyai nilai-nilai yang murni. Sebaliknya, jika kami yang sudah besar panjang ini hendak dipupuk atau dengan bahasa yang lebih tepat, untuk dipaksa membaca, amatlah sukar kerana ianya bertentangan dengan minat dan apa yang kami amalkan selama ini. Tapi ianya tidak mustahil jika ada azam dan kesungguhan yang tinggi.

Akhir kata, pupuklah minat membaca. Ingatlah wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam surah Al-Alaq..ayat 1-5

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. "

oleh : sweet tweety

No comments:

0 comments: